SNS Construction & Engineering Sdn. Bhd.
Info Syarikat
SNS Construction & Engineering Sdn. Bhd. dahulunya dikenali sebagai CAHAYA DELIMA LETRIK SDN. BHD. Penukaran nama syarikat ini telah dilakukan pada 29 Ogos 1984 dengan Nombor Pendaftaran Syarikat 124972-K. Syarikat ini dikenali oleh 100% Bumiputera. SNS Construction & Engineering Sdn. Bhd. menjalankan perniagaan sebagai Kontraktor Elektrik Kelas A yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga (ST), CIDB Malaysia (PPK & SPKK), Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), dan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Syarikat ini mempunyai pengalaman dalam bidang elektrik sejak tahun 1989 dalam kerja-kerja pendawaian elektrik, kerja-kerja kecemasan kabel, pemasangan lampu kawasan dan juga lampu awam untuk pihak Tenaga Nasional Berhad/Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Syarikat ini turut mempunyai tenaga kerja berkepakaran dengan kelayakan yang telah diiktiraf serta berpengalaman dalam bidang yang berkaitan.
Amazing Things for You
S S LETRIK SDN. BHD. dahulunya dikenali sebagai CAHAYA DELIMA LETRIK SDN. BHD.
Halatuju Syarikat
SNS Construction & Engineering Sdn. Bhd. percaya bahawa tugas sebagai warga korporat yang bertanggungjawab adalah berkhidmat dan menyokong telekomunikasi, kuasa dan pembinaan industri yang akan memastikan Malaysia mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan membangun. SNS Construction & Engineering Sdn. Bhd. akan berusaha untuk merealisasikan wawasan yang mendatang dalam ekonomi pasaran yang paling pesat berkembang di dunia. SNS Construction & Engineering Sdn. Bhd. adalah sentiasa mencari peluang untuk pakatan strategik dan berkongsi matlamat serta objektif perniagaan bersama. Justeru masa depan syarikat adalah jelas dan yakin dengan halatuju yang akan mendatang seiring dengan perkembangan arus globalisasi.
Projek Kami
Projek Kami
Pelanggan Kami



